Untunglah

15

Category :

Selamat datang. 


Sebelum tu aku nak cakap, Irene Nadia dah bertunang. Titik. 



Semoga dia berbahgia walaupun bukan disamping aku, keh keh keh . Habis pasal irene.

****************

Apa yang untung ? Sebab selama aku hidup ni banyak kes untung aku dengar, jadi macam tak patut pun ada.

Untunglah, tak belajar pun dapat banyak harta.

Untunglah, kerja malas tapi dapat nama.

Untunglah, masa susah ramai nak tolong.

Untunglah, orang lain berusaha kau terima habuanya.

Untunglah, ada makwe dengar cakap,

Untunglah, Untunglah, Untunglah, Untunglah, 

Entah apa yang untung aku tak pasti, yang pasti aku tengah kecewa, 

Untunglah kecewa, kecewa dengan nasib untung lah. 


Sekian .



SHARE THIS ON:

Stumble Delicious Technorati Twitter Facebook

Rungutan Semalam

1

Category : , ,





Selamat datang.

Macam biasa lah, hari - hari aku jiwa kacau, entah apa silap aku tak pasti. Cuma sekarang ni apa yang aku fikir banyak benda menjadi penghalang hidup untuk berjaya tak kisah lah masalah itu datang dari keluarga, orang terdekat, masalah kewangan dan macam - macam lagi. Tapi, apa nak cakap lagi kan, nak berjaya memang susah, mana ada jalan pintas. 

Dulu memang aku jenis kuat sangat merungut, itu tak kena, ini tak kena, semua yang ada semua tak cukup. Tapi aku sedar, semakin banyak merungut semakin mahal rezeki. Sejak dari itu, aku cuba belajar untuk bersyukur, lagipun Leha pernah pesan, kata dia,

" Tak habis merungut, cubalah bersyukur apa yang ada tu " 

Mungkin sejak dari itu aku mula tersentak. Sebagai manusia, kadang - kadang kita sering terkeluar daripada garisan dan niat kita, tapi cubalah untuk sedar kembali dan bertapak di atas niat itu semula. Itu lumrah manusia.

Jadi, hari ini aku harap aku dapat belajar sesuatu dan aku tulis pun sebagai peringatan kepada diri sendiri. Akhir kata, 

      " Benda kalau kita sayang macam mana pun tapi lebih banyak mendatangkan keburukan, lebih baik kita belajar untuk lepaskan nya " 

Sekian.




SHARE THIS ON:

Stumble Delicious Technorati Twitter Facebook

Nyamuk Toxo | Agen Anti Pembiakan Aedes

3

Category : , ,



Selamat datang.

Sebanyak 200 ekor Nyamuk Toxo iaitu 100 ekor nyamuk jantan dan 100 ekor nyamuk betina dilepaskan sebagai ujian di USJ hari ini sebagai agen biologi kawalan aedes.

Jadi apa kelebihan nyamuk ini ? 

Nyamuk Toxo ataupun nama saintifiknya sebagai " Toxorhynchites " bertindak sebagai agen kawalan denggi dengan cara memakan jentik - jentik. 


Projek ini dijalankan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia ( USM ) dan CIMB.

Antara ciri - ciri Nyamuk Toxo ialah, 

1. Memakan jentik - jentik.
2. Mampu terbang sejauh 200 meter berbanding Aedes yang hanya cuma 150 meter sahaja.
3. Saiz mereka yang besar dan mudah dikenali iaitu sepanjang 24 mm.
4. Tidak berbahaya kerana mereka tidak menghisap darah.

Mengikut pendapat peribadi saya, sekiranya projek ini berjaya ia adalah satu pencapaian yang baru dalam menangi aedes selain daripada menggunakan bahan kimia yang berbahaya. Walaubagaimanapun, cara terbaik adalah bermula daripada diri kita sendiri iaitu dengan cara mengamalkan kebersihan diri dan tempat tinggal.


Sekian.

P/s : Sumber daripada TV3 dan Malay Mail.



SHARE THIS ON:

Stumble Delicious Technorati Twitter Facebook

Kempen Jimat Elektrik | Kita Mula Dahulu

3

Category : , , , , ,





Selamat datang.

Seperti yang diketahui, tarif eletrik kini sudah meningkat dengan kadar purata RM 2.23/kwj daripada RM 31.31/kwj kepada RM 33.54/kwj. Peningkatan ini sedikit sebanyak menggangu emosi sebilangan rakyat dengan bermacam - macam lagi peningkatan seperti harga barang dan petrol.

Ulas N marimuthu sebagai Presiden FOMCA, 

        " Meskipun 75% penduduk tidak akan terkesan dengan kenaikan tarif, ini adalah masanya pengguna sedar kos pembekalan tenaga adalah mahal. Tenaga pada hari ini banyak bergantung kepada sumber yang tidak boleh diganti seperti petroleum, gas dan arang batu kerana ia semakin terhakis. Sekiranya keadaan ini berterusan, harga akan semakin naik " 


Dengan peningkatan harga barang masa kini dan kos operasi, diharap Rakyat Malaysia semakin bijak merancang perbelanjaan dan menjimatkan penggunaan sumber. Sebagai contoh, pada hari ini, TNB telah mengadakan satu kempen menanam pokok untuk mengurangkan pemanasan globalisasi sekaligus mengelakkan penggunaan penghawa dingin di rumah.


Persoalannya.

Apabila diminta berjimat - cermat, menanam pokok dan mengubah cara hidup, ramai di antara kita sering mengeluarkan kenyataan seperti,

" alah, kalau aku tak buat pun, orang lain buat, sama ja nanti "

Mulai hari ini, cuba kita ketepikan persoalan itu. Ya, memang betul, anda buat tetapi orang lain tak buat sama jugak tetapi kita harus ingat, apabila kita memulakan sesuatu kebaikan insyaallah ianya akan menjadi ikutan, jadikan diri kita sebagai model dahulu. 


Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan eletrik, asalkan ada kemahuan untuk melaksanakan semuanya pasti boleh, 

1. Contohnya, apabila berada di dalam bilik, pastikan kita membuka lampu yang cuma diperlukan sahaja, tipulah kalau kita perlu buka semua lampu untuk menerangi satu bilik, sentiasa amalkan dan lama - kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan.

2. Mulakan menanam pokok, biarlah sekecil mana pun, selain menjadi hiasan boleh juga menyejukkan keadaan rumah. Bukannya susah, cuma perlu siram air sahaja.

3. Sesekali, amalkan penjimatan pada perkakas eletrik anda, contoh yang paling mudah laptop, tutup sahaja apabila tidak digunakan.


Ini sedikit contoh dari saya, nampak remeh tetapi sering sahaja kita abaikan. Banyak lagi aplikasi dalam kehidupan seharian yang boleh kita jimatkan.


Ingat, jangan takut untuk berubah. KITA MULA DAHULU.

Sekian.

SHARE THIS ON:

Stumble Delicious Technorati Twitter Facebook