Selamat datang.
Sebanyak 200 ekor Nyamuk Toxo iaitu 100 ekor nyamuk jantan dan 100 ekor nyamuk betina dilepaskan sebagai ujian di USJ hari ini sebagai agen biologi kawalan aedes.
Jadi apa kelebihan nyamuk ini ?
Nyamuk Toxo ataupun nama saintifiknya sebagai " Toxorhynchites " bertindak sebagai agen kawalan denggi dengan cara memakan jentik - jentik.
Projek ini dijalankan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia ( USM ) dan CIMB.
Antara ciri - ciri Nyamuk Toxo ialah,
1. Memakan jentik - jentik.
2. Mampu terbang sejauh 200 meter berbanding Aedes yang hanya cuma 150 meter sahaja.
3. Saiz mereka yang besar dan mudah dikenali iaitu sepanjang 24 mm.
4. Tidak berbahaya kerana mereka tidak menghisap darah.
Mengikut pendapat peribadi saya, sekiranya projek ini berjaya ia adalah satu pencapaian yang baru dalam menangi aedes selain daripada menggunakan bahan kimia yang berbahaya. Walaubagaimanapun, cara terbaik adalah bermula daripada diri kita sendiri iaitu dengan cara mengamalkan kebersihan diri dan tempat tinggal.
Sekian.
P/s : Sumber daripada TV3 dan Malay Mail.


3 comments:
wah!! yeke?? takut laa nyamuk nie mendatangkan bahaya lain pulak..
Nak menang tiket wayang dan headset? jom join contest ini.
dan nak menang sesuatu? jom teka percutian saya.
NAK MENANG IPAD2? KLIK SINI
nyamuk makan nyamuk?
@dyana
kat ciri ciri dia kan dah cakap, dia makan jentik jentik atau pun larva nyamuk, kekeke, tenks
Post a Comment